Sunday, July 19, 2009

Delima oh Delima..


















Salah satu makanan yang aku mengidam sepanjang kehamilan ini adalah buah delima.. walaupun aku tak pernah rasa buah delima ni macammana, tapi aku teringin sungguh nak makan buah delima ni sejak kandungan aku berusia 4bulan lagik.. puas lah aku suruh hubby aku carik masa tu, tapi tak dapat.. takder musim katanya.. akhirnya, bila bapak mentua aku dapat tahu aku mengidam buah delima, terus dicarikan aku buah delima.. tu pun jenuh gak nak carik.. lepas sebulan tu, baru aku dapat.. punyalah aku excited nak makan, tapi bila aku dah kupas, isinya putih.. keras dan muda lagik tu.. frust betul aku hari tu, puas betul aku peram buah delima tu, ingatkan lama2 masak dan memerah tapi akhirnya busuk macam tu jer.. aku mula merengek kat hubby aku, kengkawan aku, sedara mara aku tapi still tak jumpa.. pelik sungguh.. sedangkan sebelum ni ramai jer cakap senang jumpa sampai kan aku balik perak pun mak sedara aku carikan masih tak jumpa...oleh sebab teringin sangat nak makan buah delima, satu malam semasa kandunganku masuk ke 7 bulan, aku mimpi seorang kawan tempat kerja aku bawak buah delima.. aku beriya-iya mintak dengan kawan aku tu, buah ada 6 bijik.. dapat jer buah delima aku terus jer makan buah delima tu sampai 2 bijik aku habiskan..buah tu merah menyala, terasa masam manisnya dan aku rasa sangat puas makan buah delima tu.. habis jer aku makan buah delima tu, aku pun terjaga dari tidur dan bila aku bangun aku rasa macam betul2 aku baru lepas makan buah delima tu & baby dalam perut pun gerak2..
lepas jer mimpi tu, aku dah nekad tak dapat pun takperlaa.. aku dah puas makan dalam mimpi..
selang 2 minggu lepas tu, ada seorang pekerja kat tempat aku yang bagi aku sebijik buah delima... aku excited jugaklah.. dapat jugak aku buah delima.. tapi sayang.. bila aku balik nak makan isinya tetap putih... aku nak yang merah! sebutir 2 jer aku makan selebihnya membusuk dalam peti ais..
masa bulan ke lapan.. satu hari hubby aku buat surprise! dia bawak balik 2 buah bijik delima..merah menyala.. aku yang tengah makan nasik tak sempat-sempat teus kopek buah delima tu dan apa lagik ngap lah!! 2 bijik buah delima merah tu habis masa tu jugak.. yang aku puas hati sangat, buah dia rasanya sama dengan dalam mimpi aku tu.. masam manis semuanya sama...barulah rasa puas hati aku masa tu..
dan hari ni.. setelah sembilan bulan sembilan hari kandungan aku, aku dapat lagik 2 bijik buah delima dari orang yang sama dalam mimpi aku tu.. alhamdullilah, isinya merah dan manis.. sempat jugak aku makan sebelum bersalin..aku ingatkan tak sempat...:)

Saturday, July 4, 2009

Salam... minggu ini adalah minggu ke 35 aku pregnant.. kejap jer, pejam celik dah nak dekat dengan due.. perasaan haku bercampur, rasa cuak, excited, gumbira dan sedih.. tapi emosi aku terganggu sikit dengan keadaan sekeliling & jugak fizikal haku sekarang nie..

LETIH!
letih sangat dengan perut yang makin meboyot kedepan, dengan jalan yang mengengkang apatah lagi dengan rasa sengal2 seluruh badan.. mata pun asyik nak katup jer.. tak pernah haku rasa sepenat macam nie...

STRESS..
Aku agak stress dua tiga minggu ni tambah2 lagi aku ditawarkan VSS oleh company haku..
sampai end of december 2009.. haku tak tahu nak gambarkan perasaan macammana.. suart VSS dah sain dah.. haku malas nak pikir lepas ni nak keje apa, nak survise macammana.. haku pun sebenarnya tak berapa suka keje kat sini sebab kat sini tak banyak skill dan performance aku yan boleh di exposekan.. cuma aku masih disini disebabkan benefit company jer.. Ahhhhh..
malas nak pikir... lepas beranak baru aku pikir balik semula..

CUAK!!
takut aku nak bersalin.. macam2 cerita aku dengar.. ada yang susah ada yang senang.. aku tak taulah aku kat kategori mana nanti..

MALAS..
Ya Allah.. tuhan sahaja yang tahu betapa malas tahap gaban kemalasan haku nie.. dahlah malas masak.. malas nak kemas dapur, malas nak kemas rumah.. malas nak gi keje.. asyik nak tidor jer.. mana leh tahan..

BERAT!!
berat betul badan ni.. tak pernah aku timbang berat bada seberat sekarang ni.. nak angkat punggun pun berat... terpaksa nak bertangkat.. haahha..
cepat lah beranak..tak sabar nak berasa azab beranak pulak nie...