Sunday, July 19, 2009
Delima oh Delima..
Salah satu makanan yang aku mengidam sepanjang kehamilan ini adalah buah delima.. walaupun aku tak pernah rasa buah delima ni macammana, tapi aku teringin sungguh nak makan buah delima ni sejak kandungan aku berusia 4bulan lagik.. puas lah aku suruh hubby aku carik masa tu, tapi tak dapat.. takder musim katanya.. akhirnya, bila bapak mentua aku dapat tahu aku mengidam buah delima, terus dicarikan aku buah delima.. tu pun jenuh gak nak carik.. lepas sebulan tu, baru aku dapat.. punyalah aku excited nak makan, tapi bila aku dah kupas, isinya putih.. keras dan muda lagik tu.. frust betul aku hari tu, puas betul aku peram buah delima tu, ingatkan lama2 masak dan memerah tapi akhirnya busuk macam tu jer.. aku mula merengek kat hubby aku, kengkawan aku, sedara mara aku tapi still tak jumpa.. pelik sungguh.. sedangkan sebelum ni ramai jer cakap senang jumpa sampai kan aku balik perak pun mak sedara aku carikan masih tak jumpa...oleh sebab teringin sangat nak makan buah delima, satu malam semasa kandunganku masuk ke 7 bulan, aku mimpi seorang kawan tempat kerja aku bawak buah delima.. aku beriya-iya mintak dengan kawan aku tu, buah ada 6 bijik.. dapat jer buah delima aku terus jer makan buah delima tu sampai 2 bijik aku habiskan..buah tu merah menyala, terasa masam manisnya dan aku rasa sangat puas makan buah delima tu.. habis jer aku makan buah delima tu, aku pun terjaga dari tidur dan bila aku bangun aku rasa macam betul2 aku baru lepas makan buah delima tu & baby dalam perut pun gerak2..
lepas jer mimpi tu, aku dah nekad tak dapat pun takperlaa.. aku dah puas makan dalam mimpi..
selang 2 minggu lepas tu, ada seorang pekerja kat tempat aku yang bagi aku sebijik buah delima... aku excited jugaklah.. dapat jugak aku buah delima.. tapi sayang.. bila aku balik nak makan isinya tetap putih... aku nak yang merah! sebutir 2 jer aku makan selebihnya membusuk dalam peti ais..
masa bulan ke lapan.. satu hari hubby aku buat surprise! dia bawak balik 2 buah bijik delima..merah menyala.. aku yang tengah makan nasik tak sempat-sempat teus kopek buah delima tu dan apa lagik ngap lah!! 2 bijik buah delima merah tu habis masa tu jugak.. yang aku puas hati sangat, buah dia rasanya sama dengan dalam mimpi aku tu.. masam manis semuanya sama...barulah rasa puas hati aku masa tu..
dan hari ni.. setelah sembilan bulan sembilan hari kandungan aku, aku dapat lagik 2 bijik buah delima dari orang yang sama dalam mimpi aku tu.. alhamdullilah, isinya merah dan manis.. sempat jugak aku makan sebelum bersalin..aku ingatkan tak sempat...:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
LAna... ida pun tak dapat2 lh buah delima.. awal2 pregnant dulu dapat makan.,, tp lately bila cari lg susahnya la nak jumpa... huhuhu
lana, i pun tgh mengidam buah delima nie xtau nk cari kt mane huhuhu puas da survey supermaket xjumpe huhuhu hopefully dapat la i rase sblm i bersalin kalu x meleleh la air liur anak i nanti huhuhu
Post a Comment