Saturday, December 13, 2008

6 minggu hamil




Setelah 11 bulan peristiwa hitam itu berlalu, akhirnya saat manis kembali lagik..bulan 2 hari tu aku keguguran melalui ektopik pregnancy(kandungan luar rahim) Hanya tuhan sahaja tahu perasaan haku ketika itu.. dah lah baru kahwin 2 bulan, pastu kena operate tetiba sahaja disebabkan kandungan luar rahim..
lepas sahaja aku discover, secepat mungkin haku & laksamana beta cuba untuk convience balik. bukan senang tau! tiap2 hujung bulan hati sentiasa berdebar-debar, mengharapkan khabar gembira muncul kembali. macam2 dah cara kamib uat, amal bidadari, tukar posisi lah..hapalah...
last-last, aku cuba makan evening primose oil+ asid folik, and hubby aku lak aku kasik makan sperman himalayan beli kat watson.
Alhamdullilah! kalau ikutkan aku memang susah nak lekatkan, tapi tak sampai sebulan aku lekat balik.
petang itu, haku dengan hubby aku tengah lepak2 tengok tv.
Hubby aku tanya aku" dah datang period ker belum?"
"lum.. tapi malaslah nak check.. "aku dah putus asa nak check sebab tiap-tiap bulan mesti negatif.
tiba-tiba huby aku bangun, gi kedai & beli pregnancy test. nak taknak aku pun gilah test kat bilik air..
dan tidak kusangka tiba-tiba apear lagik satu line. nampak jelas sangat! terkejut beruk aku!
dan aku pun tunjuk kat hubby aku! seronok giler dia..
tapi seronok aku kejap ajer.. aku takut terjadi peristiwa lalu.. selagi tak betul-betul confirm ada embrio kat dalam perot aku, selagi tu aku tak percaya.
kalau ikut kira2 aku baru jer 4 minggu dari tarikh akhir period( tapi kalau ikutkan baru 2 minggu)
pastu aku gi klinik untuk confirmkan pregnancy aku kali ni.
pastu aku cerita kat doktor yang aku ada history ectopic nieh! aku jugak bagitahu yang aku tengah risau. doctor pun scan lah, tapi 4 minggu apalah yang nampak? cuma dinding rahim aku nampak tebal, doktor kata mungkin baby baru lekat jer, that why tak nampak haper lagik.. dia suruh aku datang selepas satu bulan..
aku hanya mampu berdoa, semoga kali ni, baby betul-betul lekat.
Mengidam
Sejak aku hamil ni, aku jadi kuat makan.. tapi selera aku lebih pada makanan western.. aku buat pizza lah, macaroni lah , pasta lah.. tak selera nak makan nasik .. cuma sejak emak aku datang kl ni jer aku lalu makan nasik..dan aku selera betul makan makanan yang mak aku masak..but know aku kena kurang kan makan sebab berat badan aku dah naik 3 kg!

Alahan
Alhamdullilah.. aku takder alah apa-apa yang teruk cuma sedikit pening lalat dan cepat mengantuk.. dan lagik satu aku perasaan aku cepat lenguh kaki bila berjalan & pantang letak kepala aku terus tangkap lentok.. tapi bila dah lenguh-lenguh letak minyak angin sikit kat kaki atau tidur, pastu akan lega balik. sekarang ni, nak u'uk pun senang, sebelum ni asyik sembelit jer, kuat kentot pun selalu jugak.. haha.. maybe baby aku nak space kot dalam perut aku that why kasik clear dulu sarang dalam perut aku kan?

Pelik tapi benar
Kalau dulu, masa first ngandung aku paling tak suka tengok perempuan cantik, jeles sangat! siap leh jelir kalau nampak pompuan cantik lalu tepi aku, but know i notice yang aku sangat sukalah tengok mamat ensem..bila mamat ensem lalu sebelah atau depan aku pasti aku akan tersengih-sengih macam nak ngorat.. aparaaa..dan lagik satu, setiap hari aku akan tunggu kelibat si perre andrea.. perre andrea duk kat area rumah aku, but until know aku still tak dapat nak tengok muka dia live..tah apaapatah..tak dapat tengok perre andrea dapat tengok kereta dia pun jadilah...petang jumaat semalam aku nampak kereta perre parking betul-betul depan rumah aku, tapi bila kuar tengok - tengok adik & bapak perre yang kuar dari kereta.. frust menonggeng seh!
Harapan
Harapan aku, semoga Allah melindungi kandungan aku ni, semoga aku selamat melahirkan zuriat bukti cinta kami..Amin..

No comments: