Monday, September 28, 2009

Cutest Baby Pocoyo Contest : Pre-Loved Fisher Price Give Away




Sajer nak joint contest nie.. nampak macam menarik..masa ni Rifqi baru lahir 2 hari...

5 perkara tentang Muhammad Rifqi Adly bin Redzuan..

  1. Tersangatlah manja..
  2. boleh tido kat tempat bising, tapi akan mudah terjaga di tempat sunyi
  3. tak suka melekit, suka mandi tapi boleh tahan menyendeng kat ketiak mama
  4. Rifqi suka tengok mata orang yang tengah nyusukan botol padanya.
  5. kuat berangan sambil hisap botol..

Salam Lebaran






Salam.. dah lama tak update blog ni sebab..

penat bercampur suka melayan karenah Rifqi saban hari dan kebizian yang takder nampak penghujungnya.. memang sungguh takder masa,seminggu ditahan hospital selepas bersalin berpantang pulak kat rumah mak mentua..tak sampai 20 hari berpantang, dah pulak pergi interview kerja baru... selepas sehari interview, sambung pulak berpantang kat kampung sendiri.. tak sampai semingg lepas pantang, dah sibuk pulak berhari raya..tak sampai seminggu berhari raya, balik pulak ke KL.. tak sampai 2 hari di KL terpaksa pulak packing barang apa yang patut dan berpindah rumah...Pindah sebab dapat keje baru tapi jauh..sehari lepas pindah rumah tempat keje lama panggil pulak lapor diri( kalau tak dapat gaji..hehehe..)dan hari ini terpaksalah bercengkang mata menghadap paperwork untuk terakhir kalinya.. rindu sungguh dengan rifqi walaupun tak sampai sehari berjauhan darinya.. rindu dengan kemanjaannya dan rengekan minta dibelai dan minta dikasihi..rindu dengan senyuman dan lirikan mata yang manja..Rifqi sekarang pandai mengesot badannya mencari ketiak busuk aku.. hohoho..selalu bila aku tersedar bila rifqi terjaga, dia akan bersusah payah menyendeng dekat dengan aku..
sebulan dulu, rifqi cuma tahu tidur dan duduk diam-diam bila terjaga...sakit pun dia diam.. tapi sekarang, rifqi masih lagi jadi budak baik cuma sekarang dia kuat main dari tidur..Rifqi tak kan boleh tidur selagi dia tak mandi pagi.. lepas mandi mesti rifqi boleh tidur..rifqi nak selesa dan persekitaran yang bersih.. baru boleh tidor.. senyuman dari bibir rifqi mengubat segala kepayahan mama bercengkang mata melayan karenah rifqi..

Oh yaaa.. sempena hari lebaran yang mulia ini, salam lebaran dihulurkan.. maaf zahir batin.. tak dapat nak taip panjang-panjang lagi..lagi panjang lagi rindu pada rifqi... ;) salam sayang untuk semua.. amin..