Thursday, December 17, 2009

Sempurna




Sempurna
by Andra And The Backbone

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Bridge:
Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Coda:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna


Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk au bisikkan dan hapus semua sesalku

Back to bridge

Reff:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Sayangku engkau begitu sempurna.. sempurna.. sempurna..

Sunday, November 15, 2009

baby lapar..


yesterday adalah hari pertama bagi rifqi mamam.. rifqi nampak macam lapar dan selalu menguyah dan seringkali memasukkan jari-jari dia kedalam mulut..haku memang tak patut bagi dia makan tapi aku kesian kat dia.. so, menu pertama untuk rifqi makan ialah bubur+potato+carot..lepas jer masak, aku blender semua tu sampai halus, lepas tu aku tapis dengan penapis teh memang halus ler jadinya...lepas tu, aku cuba rasa.. eyarrkk.. tak sedap..pastu aku tambah dengan 1scoop susu formula..not badlah rasanya...
So, masa yang dinanti pun tiba.. Rifqi nampak excited bila first time dia mengunyah..bersungguh2 betul, tapi tak lama lepas tu, face anak mama ni berubah, Eyarkkkk..rifqi mula nak nangis..sempat suap 2 sudu jer, pastu dia tak moh dah!maybe tak sedap kot.. kesian kat anak mama.. lepas stop mamam tu, haku buatkan susu.. laju dia minum.. hmm..namak gayanya haku kena delay untuk baby haku makan..

Friday, November 13, 2009

'baby in romper contest'

Me pun nak join..sajer suker-suker.. blog aslindaa

1. buat 1 n3 dengan tajuk 'baby in romper contest'
[hanya tajuk ini yang diterima]
2. upload gambar baby anda yang beromper ittew
[overall tak masuk senarai tau!]
3. baby harus la berusia 24 bulan ke bawah
[sila nyatakan tarikh lahir. yang oberdos umur tu.. mintak mahap yo...]
4. bermula dari harini hingga 24 nov
[sempena birthday adeeb lewww]
5. nak jadi follower boleh.. tak nak pun takper
[tiada unsur paksaan]
6. pastikan ada link me & kodai me sekali
[hak ni ada unsur-unsur paksarela hoccay~!!! ]
7. juga di bloglist anda
[wajip]
8. tiada item 6 & 7 dikira disqualified
[nasib kome la yer...]
9. no votes, no slogan
[korang senang, saya pun tak poning kehkehkeh!!!]
10. dah siap, tinggalkan jejak di ruangan komen n3 ini sahaja
[senang saya nak jengah nanti]
11. last but not list, tepek banner di sidebar bersama-sama link yer..
[jangan luperrrr...]


Riqi adly~3month.. masa ni rifqi 2 month..
4 ogos 2009

Sunday, October 25, 2009

Keje baru?

Yup..

Dah hampir sebulan haku dengan keje baru..tukar kejer baru yang sebenarnya tak ada dalam perancangan haku dalam tahun ni..seronok ker keje baru ni? adakalanya terdetik jua rasa kesal disebabkan keje dulu aku tak perlu nak pecah kepala nak buat keje... tapi sekarang ni semuanya aku terpaksa mulakan balik dari A sampai ke Z..Dan bermulalah kehidupan aku ditempat baru didaerah ni, berserta status baru seorang mama...sebab apa aku tercampak kat sini, aku anggap ada hikmahnya..Haku cuba berpikiran positif seboleh.. at least aku boleh spend lebih masa dengan baby haku sebab haku sekarang ni bekerja waktu normal.. dari segi gaji, alhamdullilah berpada dengan perbelanjaan haku..cuma dari segi keje memang aku kena struggle sebab department baru kan..kadang2 tension gak sebab lewat seminit pun nak kena justify..dah lah walkaway jauh gila babas..nak compare staff yang keje kat site & HR yang keje kat depan building dekat pak guard tu sah-sah diaorang boleh datang ontime..ntah apa-apatah..lagik satu yang kureng dimata hati aku, food service kat kantin ni... dah lah non muslim yang jual, mahal dan tak reasonable langsung.. bayangkan lah ambik sebijik tauhu & sayur togeh jer dah rm 4.50.
alasan yang paling muak aku dengar, masakan ni pakai banyak telur sebab tu mahal..tak paham betul aku macammana sebijik tauhu tu leh sama dengan harga seketul daging ayam or ikan..mat-mat german/mat salleh yang keje kat sini lagik kesian haku tengok.. sekali caj between rm7-11.. actually, aku tak berkira sangat nak bayar mahal tapi must reasonable lah..kalau aku makan kat shopping complex tu acceptable lagik tapi dah sampai tahap membodoh & membangang kan haku memang haku tak puas hati laa...
HR ni pun satu, aku tak paham kenapa diberhentikan servis yang di providekan oleh makcik sebelum ni, and we are not allowed to having lunch at outside dengan reason, kena support apek kantin tu..
nasib badanlah..Nowaday, haku tengok bukan setakat haku & the gang jer bawak bekal.. mat2 saleh pun dah pandai tapau roti atau bawak bekal..yeahhhhh..bebel pasal makan pulak..oklah fullstop sampai sini dulu.. karang tak pasal2 haku migrain..heheh..

Monday, September 28, 2009

Cutest Baby Pocoyo Contest : Pre-Loved Fisher Price Give Away




Sajer nak joint contest nie.. nampak macam menarik..masa ni Rifqi baru lahir 2 hari...

5 perkara tentang Muhammad Rifqi Adly bin Redzuan..

  1. Tersangatlah manja..
  2. boleh tido kat tempat bising, tapi akan mudah terjaga di tempat sunyi
  3. tak suka melekit, suka mandi tapi boleh tahan menyendeng kat ketiak mama
  4. Rifqi suka tengok mata orang yang tengah nyusukan botol padanya.
  5. kuat berangan sambil hisap botol..

Salam Lebaran






Salam.. dah lama tak update blog ni sebab..

penat bercampur suka melayan karenah Rifqi saban hari dan kebizian yang takder nampak penghujungnya.. memang sungguh takder masa,seminggu ditahan hospital selepas bersalin berpantang pulak kat rumah mak mentua..tak sampai 20 hari berpantang, dah pulak pergi interview kerja baru... selepas sehari interview, sambung pulak berpantang kat kampung sendiri.. tak sampai semingg lepas pantang, dah sibuk pulak berhari raya..tak sampai seminggu berhari raya, balik pulak ke KL.. tak sampai 2 hari di KL terpaksa pulak packing barang apa yang patut dan berpindah rumah...Pindah sebab dapat keje baru tapi jauh..sehari lepas pindah rumah tempat keje lama panggil pulak lapor diri( kalau tak dapat gaji..hehehe..)dan hari ini terpaksalah bercengkang mata menghadap paperwork untuk terakhir kalinya.. rindu sungguh dengan rifqi walaupun tak sampai sehari berjauhan darinya.. rindu dengan kemanjaannya dan rengekan minta dibelai dan minta dikasihi..rindu dengan senyuman dan lirikan mata yang manja..Rifqi sekarang pandai mengesot badannya mencari ketiak busuk aku.. hohoho..selalu bila aku tersedar bila rifqi terjaga, dia akan bersusah payah menyendeng dekat dengan aku..
sebulan dulu, rifqi cuma tahu tidur dan duduk diam-diam bila terjaga...sakit pun dia diam.. tapi sekarang, rifqi masih lagi jadi budak baik cuma sekarang dia kuat main dari tidur..Rifqi tak kan boleh tidur selagi dia tak mandi pagi.. lepas mandi mesti rifqi boleh tidur..rifqi nak selesa dan persekitaran yang bersih.. baru boleh tidor.. senyuman dari bibir rifqi mengubat segala kepayahan mama bercengkang mata melayan karenah rifqi..

Oh yaaa.. sempena hari lebaran yang mulia ini, salam lebaran dihulurkan.. maaf zahir batin.. tak dapat nak taip panjang-panjang lagi..lagi panjang lagi rindu pada rifqi... ;) salam sayang untuk semua.. amin..

Monday, August 24, 2009

Alhamdullilah

Akhirnya aku selamat melahirkan baby boy, muhamad rifqi adly bin redzuan pada 4 ogos 2009, berat 3.39kg pada pukul 1.27ptg. Hari isnin. Now me dlm mood berpantang

Sunday, July 19, 2009

Delima oh Delima..


















Salah satu makanan yang aku mengidam sepanjang kehamilan ini adalah buah delima.. walaupun aku tak pernah rasa buah delima ni macammana, tapi aku teringin sungguh nak makan buah delima ni sejak kandungan aku berusia 4bulan lagik.. puas lah aku suruh hubby aku carik masa tu, tapi tak dapat.. takder musim katanya.. akhirnya, bila bapak mentua aku dapat tahu aku mengidam buah delima, terus dicarikan aku buah delima.. tu pun jenuh gak nak carik.. lepas sebulan tu, baru aku dapat.. punyalah aku excited nak makan, tapi bila aku dah kupas, isinya putih.. keras dan muda lagik tu.. frust betul aku hari tu, puas betul aku peram buah delima tu, ingatkan lama2 masak dan memerah tapi akhirnya busuk macam tu jer.. aku mula merengek kat hubby aku, kengkawan aku, sedara mara aku tapi still tak jumpa.. pelik sungguh.. sedangkan sebelum ni ramai jer cakap senang jumpa sampai kan aku balik perak pun mak sedara aku carikan masih tak jumpa...oleh sebab teringin sangat nak makan buah delima, satu malam semasa kandunganku masuk ke 7 bulan, aku mimpi seorang kawan tempat kerja aku bawak buah delima.. aku beriya-iya mintak dengan kawan aku tu, buah ada 6 bijik.. dapat jer buah delima aku terus jer makan buah delima tu sampai 2 bijik aku habiskan..buah tu merah menyala, terasa masam manisnya dan aku rasa sangat puas makan buah delima tu.. habis jer aku makan buah delima tu, aku pun terjaga dari tidur dan bila aku bangun aku rasa macam betul2 aku baru lepas makan buah delima tu & baby dalam perut pun gerak2..
lepas jer mimpi tu, aku dah nekad tak dapat pun takperlaa.. aku dah puas makan dalam mimpi..
selang 2 minggu lepas tu, ada seorang pekerja kat tempat aku yang bagi aku sebijik buah delima... aku excited jugaklah.. dapat jugak aku buah delima.. tapi sayang.. bila aku balik nak makan isinya tetap putih... aku nak yang merah! sebutir 2 jer aku makan selebihnya membusuk dalam peti ais..
masa bulan ke lapan.. satu hari hubby aku buat surprise! dia bawak balik 2 buah bijik delima..merah menyala.. aku yang tengah makan nasik tak sempat-sempat teus kopek buah delima tu dan apa lagik ngap lah!! 2 bijik buah delima merah tu habis masa tu jugak.. yang aku puas hati sangat, buah dia rasanya sama dengan dalam mimpi aku tu.. masam manis semuanya sama...barulah rasa puas hati aku masa tu..
dan hari ni.. setelah sembilan bulan sembilan hari kandungan aku, aku dapat lagik 2 bijik buah delima dari orang yang sama dalam mimpi aku tu.. alhamdullilah, isinya merah dan manis.. sempat jugak aku makan sebelum bersalin..aku ingatkan tak sempat...:)

Saturday, July 4, 2009

Salam... minggu ini adalah minggu ke 35 aku pregnant.. kejap jer, pejam celik dah nak dekat dengan due.. perasaan haku bercampur, rasa cuak, excited, gumbira dan sedih.. tapi emosi aku terganggu sikit dengan keadaan sekeliling & jugak fizikal haku sekarang nie..

LETIH!
letih sangat dengan perut yang makin meboyot kedepan, dengan jalan yang mengengkang apatah lagi dengan rasa sengal2 seluruh badan.. mata pun asyik nak katup jer.. tak pernah haku rasa sepenat macam nie...

STRESS..
Aku agak stress dua tiga minggu ni tambah2 lagi aku ditawarkan VSS oleh company haku..
sampai end of december 2009.. haku tak tahu nak gambarkan perasaan macammana.. suart VSS dah sain dah.. haku malas nak pikir lepas ni nak keje apa, nak survise macammana.. haku pun sebenarnya tak berapa suka keje kat sini sebab kat sini tak banyak skill dan performance aku yan boleh di exposekan.. cuma aku masih disini disebabkan benefit company jer.. Ahhhhh..
malas nak pikir... lepas beranak baru aku pikir balik semula..

CUAK!!
takut aku nak bersalin.. macam2 cerita aku dengar.. ada yang susah ada yang senang.. aku tak taulah aku kat kategori mana nanti..

MALAS..
Ya Allah.. tuhan sahaja yang tahu betapa malas tahap gaban kemalasan haku nie.. dahlah malas masak.. malas nak kemas dapur, malas nak kemas rumah.. malas nak gi keje.. asyik nak tidor jer.. mana leh tahan..

BERAT!!
berat betul badan ni.. tak pernah aku timbang berat bada seberat sekarang ni.. nak angkat punggun pun berat... terpaksa nak bertangkat.. haahha..
cepat lah beranak..tak sabar nak berasa azab beranak pulak nie...

Tuesday, June 23, 2009

Almost DOne!


Wednesday, June 10, 2009

Aba Yang comel!!








sekarang ni dah masuk 31 weeks pregnancy.. kegilaan haku pada kucing makin menjadi-jadi..sebelum haku pregnant, haku tak suka dengan kucen.. tapi sekarang haku dah ada 3 ekor kucing kat umah..Abu, Abi dan yang latest sekali Aba junior..so cute, kucen jantan yang aku amik dari kampung..Aba sangat-saangat cerdik dan manja..baru umor 2 bulan tapi sangat2 mendengar kata.. 4 jam perjalanan dari taiping ke kl, aba cuma tidur sepanjang perjalanan.. sekali ajar jer aba dah pandai berak kencing kat atas pasir dibelakang rumah.. aba aktif bermain dan tak takut dengan abu dan abi walaupun 2 ekor tu lagi besar daripada aba.. bila aku tido, dia pun tidor.. dan memang banyak sangat tido.. mungkin sebab aba boring.. bila haku marah aba banyak tido, aba pun bangun, main kejap lepas tu tido balik.. aku kejutkan aba untuk bermain tapi dia tido dan nyorok balik belakang frame kat meja tv.. kuat tido betullah aba nie.. iskkk....

Thursday, May 7, 2009



Selamat ulangtahun untuk diri sendiri!!!
Detik 12 malam...
Haku meng offkan Handphone...
sajer tak nak dengar orang lain wish...
Cuma baby dalam perot nie gerak-gerak .. seolah-olah mengucapkan selamat hari lahir
pada haku.. so cute!

Wednesday, May 6, 2009







today is Pizza day.. hehe.. having lunch with my belove hubby.. Muahh..

Tuesday, May 5, 2009



Sekarang ni dah masuk 26 minggu.. minggu depan kena gi ceck up lak kat klinik kesihatan. sekarang ni baby active gerak..kadang-kadang perut ni rasa mengeras.segala persiapan untuk menyambut kelahiran si kecik ni hampir siap 90%... tak sabar rasanya tengok barang si kecik ni.. alahan mengandung semakin berkurangan.. cuma aku sekarang ni kuat tidor.. haha..
tak lama lagi birth day aku, tapi ntahlaahhh.. aku dah tak se excited cam dulu.. malas nak pikir, maybe sebab semakin tua kot.. yang aku pikirkan sekarang ni adalah arwah abah.. abah pergi selepas seminggu tarikh hari jadi aku.. mmmmm.. macammana aku tak sedih...

hubby aku excited gila.. alhamdullilah, dia rajin tolong aku kat dapur..tapi biasalah orang laki kalau buat keje kat umah, nampak macam perfect tapi macam ada yang tak kena jer.. at the end, aku buat balik semula..

wah..ngantukk... lain kali update lagi lah.. tata...

26 weeks pregnancy



Measuring your baby from top to toe with his legs extended, he is about 14 inches/ 35.6 centimeters. He weighs a little more than 1.6 pounds/ 760 grams. Your baby's eyes begin to open around now. Response to sound grows more consistent toward the end of the seventh month, when the network of nerves to the ear is complete. He also continues to take small breaths and although he's only breathing in water and not air, it's still good practice for when he's born.

Since your baby is now growing so fast, and brain development is so intense at this stage, your nutrition is very important. Continue to eat a well-balanced diet that includes plenty of grains and vegetables. Fiber-rich foods, including whole-grain breads and cereals, lentils and brown rice are high in vitamin B and help fend off constipation.

Saturday, May 2, 2009

Selamat Hari Ibu

SELAMAT HARI IBU....

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak


Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

KITA HANYA AKAN TAHU PERASAAN MAK BILA KITA JUGA JADI MAK.....SAYANGILAH MAK YANG TERLALU BANYAK JASANYA PADA KITA....

Mengidam!



nie antara persediaan barang baby..
ni 2 ekor kucin kesayangan haku penganti senior kucin yang dulu-dulu.. tersangat lah manja & nakalnya.. yang belang haku namakan sebagai abi.. yang kelabu haku namakan abu.. abi ni suka sangat berlakon dan suka sangat dipelok.. abu pulak pandai bawak diri.. tapi kuat jeles dengan abi.. bila abi lepak dengan haku, abu akan buat muka tensyen pastu abu pun panjat badan laki aku dan tidur celah ketiak laki aku.. haru.. yang paling haku suka tentang perangai abu, abu pandai psiko laki haku.. satu hari laki haku tengah kira duit nak eli rokok.. abu pun nyibukkan diri nak kira duit jugak! laki haku tensyen tengok abu kacau dia.. pastu selamba jer abu purak-purak tido atas badan laki haku.. tido sambil berdengkur, lastly laki haku tak jadi g kedai sebab tak sampai hati nak angkat abu yang sedang tido! hua-hua-huaaaaa.. padan muka laki haku!!


baby ku.. Muahhh

pejam celik-pejam celik dah 21 minggu baby aku dalam perot aku nie.. so cool eh... sebelum aku lanjutkan entry aku nie, here is my latest pic scan.. masa tu baru 11 weeks...

syoknya tengok baby loncat-loncat.. macam loncat atas tilam jer..dengan klinik gomen pun ada scan masa tu dah 17 weeks.. dah besar sikit masa tu..

sekarang nie aku makan pill obimin jer.. tu pun kadang-kadang aku skip, sebab berat badan aku makin naik..

aku dah start rasa baby movement since aku 18 weeks of pregnancy..rasa geli-geli jerlah.. nak rasa tendang-tendang dengan kuat tu maybe belum lagi kut sebab maybe lemak perut aku tebal.. :)

cuma kadang-kadang aku takut, normal ker kalau baby gerak waktu malam jer?kadang -kadang senyap jer.. cuma rasa nadi jer kuat kat perut tu...

alhamdullilah.. segala mabuk aku dah berkurangan ... life is better now.. and I enjoy my pregnancy..

Saturday, January 24, 2009

Wednesday, January 7, 2009

6 minggu 6 hari..