Friday, December 19, 2008

Mimpi yang tak sudah

Bulan lepas...aku ada tak puas hati sikit dengan suami aku..aku tak puas hati sebab aku rasa dia tak sayang kat aku walhal benda-benda kecik jer..
makan seminggu jugaklah, mogok.. lepas jer masak, aku tinggalkan dia makan sorang2, tengok tv sorang-sorang, mandi2, after isyak terus masuk tidur.. memang tidur lena.. puas jugak lah dia memujuk tapi aku still buat tak tahu..merajuk! dalam masa yang sama aku asyik melayan emosi aku, rasa menyesal kawin dengan dia, rasa tak dihargai, dan macam2 perkara buruk lah aku pikir pasal dia..
dan masa tengah emosi nielah aku terfikir kenapalah aku tak kawen dengan ex bf aku dulu..
dah tentulah aku akan bahagia, sebab apa yang aku mintak pasti ditunaikan, cuma sayang jodoh aku takder dengan dia..

3 hari lepas.. aku dengan biasanya, still merajuk dengan laki aku.. macam biasa aku akan tidur awal, aku tak pedulikan langsung pasal hati suami aku..tidur pun aku aku palingkan kearah lain..
dalam masa tidur, tiba-tiba sahaja aku bermimpi .. dalam satu aturcara majlis, ada beberapa pasangan yang punya konflik yang sama dengan aku.. masalah rumahtangga.. dan dalam ramai-ramai tu, ada ex-bf aku yang tiba-tiba sahaja melamar aku dengan sebentuk cincin emas" cincin ni untuk kau, dah seminggu aku beli untuk kau" kata ex bf aku tu.. aku terkedu, tak tahu nak describe macammna perasaan aku pada waktu tu. yang husband aku pulak dah menjauh kan diri daripada aku..

entah datang dari mana, ada seseorang bertanyakan beberapa soalan, soalan yang lain aku tak ingat..cuma yang aku ingat? orang tu tanya, "adakah anda sanggup terima seseorang yang sudah berpunya demi kerana cinta?" ada 3 pasangan yang angkat tangan masa tu, dan tiba-tiba sahaja ex bf aku pun angkat tangan aku sekali.. lagilah terkedu... terharu pun ada masa tue..

entah apa yang orang lain bebelkan dalam mimpi tu aku tak ingat, cuma tiba-tiba si ex-bf aku bangun dari tempat duduk.
"Nanti dulu, saya nak tanya kat semua orang ni!" dia minta semua orang menumpukan perhatian padanya.."kalau ada lelaki sanggupkan korbankan wang ringgit, dan sanggup tunaikan apa sahaja yang dia nak apa maknanya? bukankah itu namanya cinta?" ex-bf aku terjerit-jerit macam orang gila, mengungkit perihal wang ringgit..
tiba-tiba sahaja orang yang ramai-ramai tadi bersurai.. sorang pun tak melayan pertanyaan ex bf aku tu..

bila semua orang dah berkumpul balik, husband aku dari jauh, memanggil x-bf aku tu dekat padanya..
"kau beli cincin tue berapa lama dah??" tanya husband aku..
""seminggu!" x-bf aku jawab..
yang aku pulak terkebil-kebil dari jauh..
husband aku tergelak kecik..

"kau tak tau lagi sayang aku macammana pada dia? nak aku tunjukkan?"
orang lain semua terdiam termasuk diri aku..

husband aku mintak sebua katil beroda (nampak macam katil hospital!) dan dia bawak kehadapan aku..Dia suruh aku baring atas katil tu dan dia suruh aku pejam mata! kedua tanganku disilangkan seakan-akan orang mati.. katil tu disorongkan sehingga sampai betul-betul depan ex-bf aku..
bila sahaja katil tu depan ex-bf aku, husband aku pun baring disebelah aku dan membatukan diri lebih kurang seminit dua .. semua mata terkaku kat kami yang terbaring..
lepas tu husband aku bangun semula dan beritahu sesuatu pada ex-bf aku yang membuatkan aku rasa sebak sangat-sangat .

husband aku cakap, "aku sayang kat isteri aku sampai bila-bila.. aku sanggup sehidup semati dengan dia!hanya cangkul dan tanah yang dapat memisah aku dan dia!"

masa aku dengar husband aku camtu aku terus menangis teresak2 sambil tue semacam flashback, betapa sayangnya dia pada aku, sanggup tolong akubuat keje-rumah.. nampak flashback kebaikan dia selama ini yang sanggup bersusah payah terhadap aku, dan menjaga aku ketika aku sakit dulu dan keikhlasan dia memberi kasih sayang tanpa sekalipun dia mengeluh dan mengungkit..
Aku terjaga dari tidur, dan masih teresak2 menangis dengan perasaan bersalah sangat dengan dia..rasa menyesal dan berdosa aku berfikiran negative pada dia selama ini¡­
bila aku pandang dia disebelah aku, aku terus tarik tangan dia mintak ampun berkali-kali sebab
aku terlampau beremosi sehingga aku tak nampak kebaikan dia selama ini..

memang betul mimpi hanya lah mainan tidur, tapi kadang-kadang ia datang sebagai peringatan atau petunjuk. Dan dari mimpi itu timbul rasa kesal kerana prasangka buruk aku dan aku rasa berdosa sangat menderhaka dengan suami aku macam tu sekali..

~moral of the story,

-dalam rumah tangga kena ada give n take.. terima seadanya sebagaimana dia menerima kita seadanya.
- hormati antara satu sama lain..yang isteri tak elok menderhaka pada suami.. tak baik..
- saling memaafkan~jangan simpan dendam..
-perempuan kadang2 terlalu beremosi..jangan ikut emosi sangat benda remeh jangan diperbesar2kan. kadang lelaki tak berniat pun nak melukakan hati kita..

6 minggu 5 hari!


Feeling ala-ala perut buncit..hahaha.. memang boncit sikit arr.. dah nak masuk tujuh minggu.. harapan akku semoga semuanya berjalan dengan baik. Buat masa ni aku takder pun muntah-muntah cuma rasa nak muntah tapi tak jugak muntah-muntah.. aku rasa cepat sangat ngatuk.. pantang letak kepala terus zzzzzzz.....hari nie aku keje shift pagi, Ya Allah, tuhan sahaja tahu azabnya.. Ngantuk giler.. kalau leh aku nak avoid kopi tapi takle tahan.. ngantuk sangat-sangat..
lately nie aku suka sangat minum 100plus. tadi aku cuber wat panggilan ke HKL untuk wat appoiment dengan doktor..tapi macam haram jadah! punya lah lama tunggu.. asyik enggage jer..
sampai sudah aku tak leh wat appoiment dengan doktor HKL... nampak gayanya aku kena gi kat klinik swasta jerlah untuk check up.. tak kuasa aku nak tunggu lama-lama camtu huh!!

Monday, December 15, 2008

Untuk suamiku & bakal anakku..


ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Sunday, December 14, 2008


Slurrpppp...
apasal lah mata haku nie asyik terbayangkan
kuih tepung bolat tengah salut gula nieeee...
Slurppppp...
Dah dua tiga hari aku telan air liur..
teringin sangan nak makan kuih tepong bolat tengah
salut gula nieeee...
Laksamana beta pun satu hal..
Haku suruh beli kueh nie

dia beli kuih bolat tengah isi keledek pulak!
takmau!!
haku nak kuih tepong bulat tengah salut gula nie jugak!
baiklah!
tak der harapan nampaknya nak dapat
kueh tepong bolat tengah salut gula ni..
nampak gayanya kena uli tepung goreng sendirik..
haaaaaaa...
kalau korang pun teringin apa yang aku teringin ..
meh nguli tepung ikut kat resepi bawah nie..

Donut

INGREDIENTS

* 1 (18.25 ounce) package moist cake mix, any flavor
* 1/2 cup flour
* 4 eggs
* 1 1/4 cups water
* 3 cups oil for frying, or as needed
* 1/4 cup confectioners' sugar for dusting

DIRECTIONS
1. In a large bowl, combine the cake mix, flour, water, and eggs. Beat with an electric mixer on low speed for 5 minutes, or until batter is free of lumps.
2. Heat oil in a large, deep skillet until it reaches 375 degrees F (190 degrees C). Using a small scoop equal to about 2 tablespoons, carefully drop batter into hot oil in batches so as not to overcrowd.
3. Cook donuts in hot oil for 5 minutes, or until golden brown, flipping once with a fork mid-way through for even cooking.
4. Carefully remove donuts from oil with slotted spoon or tongs, and drain on paper towels. Dust with confectioners' sugar before serving.

Saturday, December 13, 2008

6 minggu hamil




Setelah 11 bulan peristiwa hitam itu berlalu, akhirnya saat manis kembali lagik..bulan 2 hari tu aku keguguran melalui ektopik pregnancy(kandungan luar rahim) Hanya tuhan sahaja tahu perasaan haku ketika itu.. dah lah baru kahwin 2 bulan, pastu kena operate tetiba sahaja disebabkan kandungan luar rahim..
lepas sahaja aku discover, secepat mungkin haku & laksamana beta cuba untuk convience balik. bukan senang tau! tiap2 hujung bulan hati sentiasa berdebar-debar, mengharapkan khabar gembira muncul kembali. macam2 dah cara kamib uat, amal bidadari, tukar posisi lah..hapalah...
last-last, aku cuba makan evening primose oil+ asid folik, and hubby aku lak aku kasik makan sperman himalayan beli kat watson.
Alhamdullilah! kalau ikutkan aku memang susah nak lekatkan, tapi tak sampai sebulan aku lekat balik.
petang itu, haku dengan hubby aku tengah lepak2 tengok tv.
Hubby aku tanya aku" dah datang period ker belum?"
"lum.. tapi malaslah nak check.. "aku dah putus asa nak check sebab tiap-tiap bulan mesti negatif.
tiba-tiba huby aku bangun, gi kedai & beli pregnancy test. nak taknak aku pun gilah test kat bilik air..
dan tidak kusangka tiba-tiba apear lagik satu line. nampak jelas sangat! terkejut beruk aku!
dan aku pun tunjuk kat hubby aku! seronok giler dia..
tapi seronok aku kejap ajer.. aku takut terjadi peristiwa lalu.. selagi tak betul-betul confirm ada embrio kat dalam perot aku, selagi tu aku tak percaya.
kalau ikut kira2 aku baru jer 4 minggu dari tarikh akhir period( tapi kalau ikutkan baru 2 minggu)
pastu aku gi klinik untuk confirmkan pregnancy aku kali ni.
pastu aku cerita kat doktor yang aku ada history ectopic nieh! aku jugak bagitahu yang aku tengah risau. doctor pun scan lah, tapi 4 minggu apalah yang nampak? cuma dinding rahim aku nampak tebal, doktor kata mungkin baby baru lekat jer, that why tak nampak haper lagik.. dia suruh aku datang selepas satu bulan..
aku hanya mampu berdoa, semoga kali ni, baby betul-betul lekat.
Mengidam
Sejak aku hamil ni, aku jadi kuat makan.. tapi selera aku lebih pada makanan western.. aku buat pizza lah, macaroni lah , pasta lah.. tak selera nak makan nasik .. cuma sejak emak aku datang kl ni jer aku lalu makan nasik..dan aku selera betul makan makanan yang mak aku masak..but know aku kena kurang kan makan sebab berat badan aku dah naik 3 kg!

Alahan
Alhamdullilah.. aku takder alah apa-apa yang teruk cuma sedikit pening lalat dan cepat mengantuk.. dan lagik satu aku perasaan aku cepat lenguh kaki bila berjalan & pantang letak kepala aku terus tangkap lentok.. tapi bila dah lenguh-lenguh letak minyak angin sikit kat kaki atau tidur, pastu akan lega balik. sekarang ni, nak u'uk pun senang, sebelum ni asyik sembelit jer, kuat kentot pun selalu jugak.. haha.. maybe baby aku nak space kot dalam perut aku that why kasik clear dulu sarang dalam perut aku kan?

Pelik tapi benar
Kalau dulu, masa first ngandung aku paling tak suka tengok perempuan cantik, jeles sangat! siap leh jelir kalau nampak pompuan cantik lalu tepi aku, but know i notice yang aku sangat sukalah tengok mamat ensem..bila mamat ensem lalu sebelah atau depan aku pasti aku akan tersengih-sengih macam nak ngorat.. aparaaa..dan lagik satu, setiap hari aku akan tunggu kelibat si perre andrea.. perre andrea duk kat area rumah aku, but until know aku still tak dapat nak tengok muka dia live..tah apaapatah..tak dapat tengok perre andrea dapat tengok kereta dia pun jadilah...petang jumaat semalam aku nampak kereta perre parking betul-betul depan rumah aku, tapi bila kuar tengok - tengok adik & bapak perre yang kuar dari kereta.. frust menonggeng seh!
Harapan
Harapan aku, semoga Allah melindungi kandungan aku ni, semoga aku selamat melahirkan zuriat bukti cinta kami..Amin..

Wednesday, December 3, 2008

Nabil..Vs Sinchan..


Sama tak anak buah aku ni dengan sinchan? heheh





Stress!!


Aku betul-betul tengah stress sekarang
macam cipan!
sejak ekonomi gawat nie,
tempat keje aku straight betul..
nak datang lewat 5minit pun tak leh!!

Stress..
Bila aku duduk sorang-sorang...
aku jadi stress sejak berkahwin..
aku takder life macam orang bujang lagi..
semua benda yang aku nak buat
semua kena tunggu approval dari laki aku
lagi satu, semua kena tunggu laki
aku punya respond..

dah lemba
b!
Argghh..
stress..



Monday, December 1, 2008


Semalam teman Laksamana beta gi beli handphone baru..handphone lama dia dah nazak giler..sampai jer kat lowyat, ramai giler orang kat sana.. macam biasa, kitaorang tuju satu kedai.. tak pandang kanan kiri, terus pilih handphone.. Laksamana beta yang nak beli, tapi haku pulak yang ter excited lebih..dalam kepala hotak aku harap-haraplah laksamana beta beli handphone sony sebab haku tengok camera dia cantik..
Terpandang jer SEG900, nie aku terus terberkenan.. sebab~ camera dia ada 5mp. ada wifi lagik & touchscreen..
Terus cakap dengan apek tu nak beli hp nie..Laksamana beta, tak sempat nak pilih, haku pulak yang beriya-iya excited..
.. So, dah settle payment, apa lagik..

aku lah tukang godek hp tu, sampai low bateri..hehehe..