Friday, December 19, 2008

Mimpi yang tak sudah

Bulan lepas...aku ada tak puas hati sikit dengan suami aku..aku tak puas hati sebab aku rasa dia tak sayang kat aku walhal benda-benda kecik jer..
makan seminggu jugaklah, mogok.. lepas jer masak, aku tinggalkan dia makan sorang2, tengok tv sorang-sorang, mandi2, after isyak terus masuk tidur.. memang tidur lena.. puas jugak lah dia memujuk tapi aku still buat tak tahu..merajuk! dalam masa yang sama aku asyik melayan emosi aku, rasa menyesal kawin dengan dia, rasa tak dihargai, dan macam2 perkara buruk lah aku pikir pasal dia..
dan masa tengah emosi nielah aku terfikir kenapalah aku tak kawen dengan ex bf aku dulu..
dah tentulah aku akan bahagia, sebab apa yang aku mintak pasti ditunaikan, cuma sayang jodoh aku takder dengan dia..

3 hari lepas.. aku dengan biasanya, still merajuk dengan laki aku.. macam biasa aku akan tidur awal, aku tak pedulikan langsung pasal hati suami aku..tidur pun aku aku palingkan kearah lain..
dalam masa tidur, tiba-tiba sahaja aku bermimpi .. dalam satu aturcara majlis, ada beberapa pasangan yang punya konflik yang sama dengan aku.. masalah rumahtangga.. dan dalam ramai-ramai tu, ada ex-bf aku yang tiba-tiba sahaja melamar aku dengan sebentuk cincin emas" cincin ni untuk kau, dah seminggu aku beli untuk kau" kata ex bf aku tu.. aku terkedu, tak tahu nak describe macammna perasaan aku pada waktu tu. yang husband aku pulak dah menjauh kan diri daripada aku..

entah datang dari mana, ada seseorang bertanyakan beberapa soalan, soalan yang lain aku tak ingat..cuma yang aku ingat? orang tu tanya, "adakah anda sanggup terima seseorang yang sudah berpunya demi kerana cinta?" ada 3 pasangan yang angkat tangan masa tu, dan tiba-tiba sahaja ex bf aku pun angkat tangan aku sekali.. lagilah terkedu... terharu pun ada masa tue..

entah apa yang orang lain bebelkan dalam mimpi tu aku tak ingat, cuma tiba-tiba si ex-bf aku bangun dari tempat duduk.
"Nanti dulu, saya nak tanya kat semua orang ni!" dia minta semua orang menumpukan perhatian padanya.."kalau ada lelaki sanggupkan korbankan wang ringgit, dan sanggup tunaikan apa sahaja yang dia nak apa maknanya? bukankah itu namanya cinta?" ex-bf aku terjerit-jerit macam orang gila, mengungkit perihal wang ringgit..
tiba-tiba sahaja orang yang ramai-ramai tadi bersurai.. sorang pun tak melayan pertanyaan ex bf aku tu..

bila semua orang dah berkumpul balik, husband aku dari jauh, memanggil x-bf aku tu dekat padanya..
"kau beli cincin tue berapa lama dah??" tanya husband aku..
""seminggu!" x-bf aku jawab..
yang aku pulak terkebil-kebil dari jauh..
husband aku tergelak kecik..

"kau tak tau lagi sayang aku macammana pada dia? nak aku tunjukkan?"
orang lain semua terdiam termasuk diri aku..

husband aku mintak sebua katil beroda (nampak macam katil hospital!) dan dia bawak kehadapan aku..Dia suruh aku baring atas katil tu dan dia suruh aku pejam mata! kedua tanganku disilangkan seakan-akan orang mati.. katil tu disorongkan sehingga sampai betul-betul depan ex-bf aku..
bila sahaja katil tu depan ex-bf aku, husband aku pun baring disebelah aku dan membatukan diri lebih kurang seminit dua .. semua mata terkaku kat kami yang terbaring..
lepas tu husband aku bangun semula dan beritahu sesuatu pada ex-bf aku yang membuatkan aku rasa sebak sangat-sangat .

husband aku cakap, "aku sayang kat isteri aku sampai bila-bila.. aku sanggup sehidup semati dengan dia!hanya cangkul dan tanah yang dapat memisah aku dan dia!"

masa aku dengar husband aku camtu aku terus menangis teresak2 sambil tue semacam flashback, betapa sayangnya dia pada aku, sanggup tolong akubuat keje-rumah.. nampak flashback kebaikan dia selama ini yang sanggup bersusah payah terhadap aku, dan menjaga aku ketika aku sakit dulu dan keikhlasan dia memberi kasih sayang tanpa sekalipun dia mengeluh dan mengungkit..
Aku terjaga dari tidur, dan masih teresak2 menangis dengan perasaan bersalah sangat dengan dia..rasa menyesal dan berdosa aku berfikiran negative pada dia selama ini¡­
bila aku pandang dia disebelah aku, aku terus tarik tangan dia mintak ampun berkali-kali sebab
aku terlampau beremosi sehingga aku tak nampak kebaikan dia selama ini..

memang betul mimpi hanya lah mainan tidur, tapi kadang-kadang ia datang sebagai peringatan atau petunjuk. Dan dari mimpi itu timbul rasa kesal kerana prasangka buruk aku dan aku rasa berdosa sangat menderhaka dengan suami aku macam tu sekali..

~moral of the story,

-dalam rumah tangga kena ada give n take.. terima seadanya sebagaimana dia menerima kita seadanya.
- hormati antara satu sama lain..yang isteri tak elok menderhaka pada suami.. tak baik..
- saling memaafkan~jangan simpan dendam..
-perempuan kadang2 terlalu beremosi..jangan ikut emosi sangat benda remeh jangan diperbesar2kan. kadang lelaki tak berniat pun nak melukakan hati kita..

No comments: